Thursday, 22 November 2012

Kevin Zahri Official Blog

Assalamualaikum.

Ni lah dia mamat yang aku dok citer kat bawah nie

Hey uolls. Malam Jumaat ni buat apa. I hope uolls do the benefits things okay. Sejak dua menjak ni, saya suka bukak blog Kevin Zahari. Do u know him? He is known as Cikgu Fitness which had 10 years experiences in the health and fitness world, publish several books and ebooks and appeared in publications like Shape, InTrend and so on la. I hope i can keep him in my house so that he can training me  and my sister to get our ideal weight. Kita adik beradik benci kan lemak yang berlebihan taw. Since he belong to somebody n not muhrim to me, so its impossible to keep him in my home right? So i surf the internet about him and his brilliant tips how to ganyang my lemak yang degil from my body. So, i can be slim like Yoona, or Emma Watson i guess. But not wearing the sexy dress like them la.

 Daripada kajian aku selepas aku membaca blog dia (pandai la kau, tesis malas pulak kau nak kaji), terdapat beberapa teknik atau tips asas untuk mendapat ideal weight. Antaranya ialah :

1. Kawal pemakanan.
Kalau nak berat badan turun, nie lah kunci utamanya. Makanan memang kena jaga melainkan kalau hangpa jenis metabolisme tinggi dan baka kurus keding. Ramai juga kawan - kawan aku jenis yang macam nie. Kenapa kena kawal. Hal ini disebabkan kita kena amik makanan ikut keperluan badan kita. Klau kita amik terlebih, last2 akan distore menjadi fat. Tapi, ramai juga yang crash diet sbb nak kurus. Crash diet ni absolutely wrong my dear. Memang berat turun tapi yang berkurangnya bukan lemak, tapi water volume dalam badan kita.  Yang pentingnya kena seimbangkan pengambilan nutrisi dalam badan kita. Okayh?

2. Senaman.
Senaman ini sebenarnya tak wajib tetapi harus. Kalau kita juz kawan makan mungkin dalam sebulan akan turun dalam 1-2 kg. Tapi kalau kita bersenam, dia akan turun dalam 4-5 kg. Kevin yang cakap ek. Kalau tersilap cek minta maap banyak2. Senaman penting untuk kesihatan jantung kita. Untuk turunkan berat badan sebanyak satu kilogram, kita kena bakar sebanyak 7,700 kalori dalam badan kita.

3. Kenali keperluan kalori anda.
Mcam mana kita nak tahu keperluan badan kita? Aku pun dah lupa dah. We call it as BMR. Nanti i update entry lain la pula yer. Apabila kita tahu kita punya BMR contohnya 2000 kalori, so kita kena ambil makanan setiap hari kurang daripada 2000 kalori. So, bla bla bla akan berlaku calory defisit. Then, ur weight might be lose.

Ni lah sedikit sebanyak yang aku ingat melalui pembacaan aku. Selain itu, ada juga insan-insan bertuah yang berjaya menurunkan berat badan bercerita mengenai pengalamannya. Mula-mula memang perit, tapi bila dah nampak sedikit perubahan, mereka-mereka semua rasa bersemangat dan berkobar-kobar. Sebagai contoh :


Syazana: Kurang Dari 62kg Ke 52kg Dalam 3 Bulan

Kisah Daniel Yusuf Kurang Berat Dari 80kg ke 63kg

Hadi Halim Berjaya Kurang Berat 17kg Dalam 5 Bulan


Aku berasa termotivasi untuk menurunkan berat badan kerana masa majlis sepupu aku kawen, ada suara-suara yang menegur aku dengan mengeluarkan dialog seperti :

Sihatnya Kak Ya, Bakpo koho gemuk Kak ya. 

 Gua rasa hot bro. Tak per. Lex lu bro. Lu tengok la gua dalam masa 1 tahun lagi camner. (Konfident giler gua cakap).

I wanna have ideal weight crazily. Help Me Ya ALLAH. Wish me luck uolls.
Gua tak layak lagi nak cerita pasal diari hidup gua sebab gua baru di peringkat permulaan. Dalam 1 minggu baru gua mula.


Ni la rupa blog dia
KevinZahri.com 

Wassalam.




No comments:

Post a Comment