Tuesday, 25 December 2012

Keyakinan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kerana my bad mood sudah hilang seperti terbang dibawa angin monsun di musim tengkujuh. Hehehe. Seriously, tak sabar rasanya nak  tunggu hari yang cerah. Tapi bukan bermakna saya tak mensyukuri nikmat hujan yang diberikan oleh Allah. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, kita tak boleh merungut apabila hujan. Walaupun kita tak perlukan hujan, makhluk lain yang perlukan hujan. Musim hujan nie jugaklah kucing-kucing saya berhibernasi. Semua nak naik atas rumah sebab kat luar sejuk. Hehehe. Bukan tak nak bagi naik, tapi takut-takut si kucing ni berak atas karpet ker apa. Nanti susah karpet nak kering waktu hujan.  Bad mood sebenarnya tak boleh layan sangat. Tapi bila bad mood, saya lebih suka bersendirian dalam bilik. Layan perasaan sorang-sorang. Nanti petang-petang hilang la tu. Biasalah orang perempuan kan. Bila bad mood nie, semua tak kena kan. Even perkara kecik pun boleh membuatkan hati kita menggelegak 100 darjah celcius.

Sekarang, saya nak coretkan sedikit mengenai keyakinan ataupun confident. Setiap manusian mempunyai tahap keyakinan yang berbeza. Ada insan tahap confident dia tinggi, ada yang sederhana dan ada yang rendah. Saya tergolong dalam insan yang mempunyai tahap confident di antara sederhana dan rendah. Can you imagine that?

Tahap Keyakinan Sederhana   >  Tahap Keyakinan Nadia >   Tahap Keyakinan Rendah

Yer. Tahap keyakinan saya dikira dalam golongan rendah la juga ek. Mengapa tahap keyakinan berbeza. Menurut pemerhatian saya yang tak berapa berpengalaman lagi la kan, salah satu faktor yang menyebabkan seseorang itu confident dengan hidupnya KECANTIKANNYA. Mengapa? Saya akui saya tak berapa merasakan diri saya cantik. Ya. Memang manusia diciptakan cantik oleh Allah. Namun, pengadilan manusia mengenai kecantikan itu lah membuatkan saya merasakan saya biasa-biasa sahaja. 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

-Surah Al-Tin: Ayat 4-








Sebab itu juga saya tak begitu outspoken bila berhadapan dengan lelaki. Sebab dalam fikiran saya, aigo mesti mereka-mereka tak berminat nak berkawan dengan aku sebab aku tak ada daya tarikan. Saya tak berapa ngam dengan guys bermula dari sekolah menengah. Tapi sebab lima tahun kat mrsm kuala krai, boleh kira rapat jugaklah sebab hari-hari tengok muka yang sama kan. hehehe. tambah-tambah kawan dengan orang famous. hehehe. Then, bila masuk matriks, aigo. Memang tak ngam langsung la. Even nak bercakap pun tak tau nak cakap apa. Melainkan kalau saya cantik cam Yoona barulah guys akan mulakan percakapan dahulu kan. But neverrmind because my besties like Jannah, Syamilah, Asna dan lain-lain jugak sama cam saya. Then, bila masuk UPSI, aigo. Lebih suck lagi  dari matriks. Takper lah kerana saya bahagia dengan diri saya.  Allah menyatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah yang bertaqwa. So, saya fikir jangan kita merasakan diri kita tidak cantik kerana Allah jadikan semua manusia cantik. Kemudian, saya berpendapat bahawa Allah tidak memilih manusia untuk masuk ke syurgaNya berdasarkan kecantikan, tapi berdasarkan amal dan ibadah yang dilakukan oleh hambaNya di atas dunia. Bilal Bin Rabah. Walaupun beliau berkuit hitam, namun hatinya seputih kapas. Subhanallah. 

Kita sepatutnya berasa yakin dengan diri kita sendiri. Buat sesuatu kerana Allah. Barulah keyakinan kita bertambah. Buat sesuatu semata-mata nak dapatkan ganjaran di dunia adalah sia-sia. Kerana dunia hanya melihat hasilnya. Tapi Allaj melihat usaha kita. Pesanan tok diri sendiri. Janganlah berasa diri tak cantik kerana Allah menjadikan manusia unik dan cantik. :)






Monday, 24 December 2012

Bilik Idaman Saya

Assalamualaikum.

Hari ini dah masuk 25 Disember 2012. Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih saya membazirkan masa di rumah tanpa menyentuh tesis yang terbengkalai sejak bulan Jun hari tu. Rare tak?

Pernahkan anda-anda semua mengalami situasi serba tak kena. Yer. Saya pernah dan sekarang saya sedang mengalaminya. Serba tak kena. Yer. Seba tak kena. Saya benci perasaan ini. Sebenarnya, saya rindukan bilik saya. Kenapa saya rindukan bilik saya walaupun saya sedang bercuti di rumah. Aigoo. Tak perlu lah saya cerita sebab kadang-kadang tak semua perkara yang terbuku di hati kita perlu kita ceritakan. Biarlah perkara tersebut terbuku dalam hati dan berharap agar ia tidak bengkak menjadi nanah-nanah busuk sehinggan kita benci pada orang lain. Kadang-kadang perasaan ini hanyalah tusukan daripada syaitan.
Kalau tiba musim perayaan, semua orang lain suka kan? Tapi saya tidak. Sebab saya rasa tidak bebas untuk melakukan perkara yang saya suka dalam rumah sebagai contoh tak boleh bukak tudung, nak masuk bilik melalak pun tak boleh sebab bilik tu diberikan kepada tetamu. Dan yang paling annoying adalah bila selipar yang sepatutnya berada di jamban di bawa naik ke atas rumah sesuka hati jer. :'( . Saya sangat sedih sekarang dan bila tiba musim perayaan. Untuk melupakan kesedihan saya, saya selalu impikan bilik-bilik idaman saya. Dan saya selalu berangan bila tiba musim perayaan, saya dapat tidur dalam bilik impian saya tanpa perlu berhimpit-himpit tidur dalam bilik yang sempit ini.


Bilik Idaman Nadia. Gambar oleh Google :)






Cute giler kan bilik-bilik  di atas. Ya ampun. Kalau ada bilik camni, konfirm la saya tak keluar bilik. :)
















Comel jer kan? Tapi kalau nak hias bilik dengan tema-tema tertentu, mesti menelan belanja yang mahal kan. Kan bagus kalau boleh menang dalam Casa Impian tu kan. Mesti lah saya nak suruh ID hias saya punya bilik macam ni kan. Tapi, cukuplah bagi saya mempunyai bilik yang selesa. Tak mewah pun tak aper asalkan selesa, bersih dan kemas.

Di kesempatan ini saya berharap saya menjadi insan yang lebih baik. Kerana saya rasa diri saya ini bukanlah seorang yang baik dan selalu menyusahkan orang lain.