Monday, 24 December 2012

Bilik Idaman Saya

Assalamualaikum.

Hari ini dah masuk 25 Disember 2012. Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih saya membazirkan masa di rumah tanpa menyentuh tesis yang terbengkalai sejak bulan Jun hari tu. Rare tak?

Pernahkan anda-anda semua mengalami situasi serba tak kena. Yer. Saya pernah dan sekarang saya sedang mengalaminya. Serba tak kena. Yer. Seba tak kena. Saya benci perasaan ini. Sebenarnya, saya rindukan bilik saya. Kenapa saya rindukan bilik saya walaupun saya sedang bercuti di rumah. Aigoo. Tak perlu lah saya cerita sebab kadang-kadang tak semua perkara yang terbuku di hati kita perlu kita ceritakan. Biarlah perkara tersebut terbuku dalam hati dan berharap agar ia tidak bengkak menjadi nanah-nanah busuk sehinggan kita benci pada orang lain. Kadang-kadang perasaan ini hanyalah tusukan daripada syaitan.
Kalau tiba musim perayaan, semua orang lain suka kan? Tapi saya tidak. Sebab saya rasa tidak bebas untuk melakukan perkara yang saya suka dalam rumah sebagai contoh tak boleh bukak tudung, nak masuk bilik melalak pun tak boleh sebab bilik tu diberikan kepada tetamu. Dan yang paling annoying adalah bila selipar yang sepatutnya berada di jamban di bawa naik ke atas rumah sesuka hati jer. :'( . Saya sangat sedih sekarang dan bila tiba musim perayaan. Untuk melupakan kesedihan saya, saya selalu impikan bilik-bilik idaman saya. Dan saya selalu berangan bila tiba musim perayaan, saya dapat tidur dalam bilik impian saya tanpa perlu berhimpit-himpit tidur dalam bilik yang sempit ini.


Bilik Idaman Nadia. Gambar oleh Google :)






Cute giler kan bilik-bilik  di atas. Ya ampun. Kalau ada bilik camni, konfirm la saya tak keluar bilik. :)
















Comel jer kan? Tapi kalau nak hias bilik dengan tema-tema tertentu, mesti menelan belanja yang mahal kan. Kan bagus kalau boleh menang dalam Casa Impian tu kan. Mesti lah saya nak suruh ID hias saya punya bilik macam ni kan. Tapi, cukuplah bagi saya mempunyai bilik yang selesa. Tak mewah pun tak aper asalkan selesa, bersih dan kemas.

Di kesempatan ini saya berharap saya menjadi insan yang lebih baik. Kerana saya rasa diri saya ini bukanlah seorang yang baik dan selalu menyusahkan orang lain.  

No comments:

Post a Comment