Saturday, 13 April 2013

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak dan Kenapa “Spender” Wanita Dijual Berselerak?

Assalamualaikum :)

sebenarnya hari ni aku nak share pasal kawan2 kat mrsm dulu. tapi ianya (kesalahan tatabahasa) mengambil masa yang lama. nak imbas kembali memori lagi, nak cari gambar lagi. memandangkan aku tengah buat modul nie, mesti nak kena taip cepat2 kan entry aku. so, why not aku update entry yang menyenangkan aku jer. ni  pun aku just copy paste dari blog orang lain. walopom copy paste, tapi menghiburkan hati yer.

pernah tak korang terfikir kenapa spender lelaki dijual dalam kotak dan spender wanita dijual berselerak? mak ai. aku pernah jgk terfikir kenapa yer. 

kalau korang nak tau kenapa, jgn tekan tanda pangkah dulu, sila scroll ke bawah yer !!!

aku copy paste dari blog sini. tapi ideanya adalah loveydoveydoo. eh macam lagu lovey lovey dovey oh oh oh. hehehehe.

situasi pertama : wanita bila nak pilih spender.






Situasi kedua : bila lelaki pilih spender. 



just for fun ok. take it easily. don't be serious. 

thanks for reading !!

Wednesday, 10 April 2013

Lagu Sayang Pelbagai Versi

Assalamualaikum :)

Hye. korang mesti pernah dengar lagu Shae yang bertajuk sayang. pertama kali aku dgr lagu dia. peh apa yang best sangat pasal lagu tu. tak sedap pun. tapi ramai orang yang minat lagu nie. tapi kalau aku dgn kawan aku tgh menggedik, aku nyanyi la jgak lagu nie. sayang apa khabar denganmu. di sini ke merindu kan kamu. sampai situ je lah.

tapi yang bestnya lagu nie ramai yg wat parodi dia. parodi dia tue 10 kali lebih best la dari yg original. hahaha

1. sayang versi tauhid- yang nie serius menyentuh kalbu aku. mmg sesuai lah utk anak muda yang dilamun cinta manusia. dia punya melodi tu harmoni kot. bdk2 zaman skrg mmg kreatif. yang pembuli pun boleh tahan jgk ramai kan. ceh tiba2 aku emo dgn kes buli ketua tingkatan hari tue.
.



2. sayang versi lucu tahap nak tercabut gigi aku  - bagi aku video nie lucu tapi ada jer orang judge yang bukan2 pasl budak nie. bagi aku ok jer. lagi pun dia lelaki. kalau dia perempuan baru la tak sopan buat macam nie.



3. sayang versi jawapan - best la. jawapan versi islamik. nie macam pesanan dari sorang laki supaya jgn teringatkan si lelaki tu sgt. igtkan pencipta lg bagus.



tu je la parodi sayang yang hot di youtube. ada lg kot. nie jer yg smpt aku tgk. haha

Thanks for reading!

Wanita, Please Take Note

Assalamualaikum. :)

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita. copy paste dari fb Senyum PakKam MakKam


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Thanks for reading!








Resipi Koktail Mudah

Assalamualaikum :)

semua orang mesti suka makan koktail kan. sebab dia sedap, mudah dan yang penting affordable.
nak tahu tak apa resipinya. jom jom jom layan. 

Agar-agar    
                                                             *bergantung atas selera masing2*
1. sepeket agar-agar kering.
2. Gula - 1 cawan 
3. Perasa Jagung - 3 tsp
4. Susu pekat manis - 4 tsp 
5. air 1500 ml

cara-cara - campak semua dalam periuk. then kacau hingga hancur agar2 dan airnya menggelegak.

Koktail

1. 1 tin buah-buahan campuran.
2. 1 tin susu cair.
3. gula - kalau nak manis, masukkan byk2. tp aku suka yang sederhana jer.
4. susu pekat.

cara-cara - aku suka panaskan dulu susu cair, gula dan susu pekat sekali. then,  masukkan 1 tin buah-buahan.

senang kan. terutama sekali dinikmati pada waktu tengahari yang panas terik.

selamat mencuba.

Thanks for reading!




aku nak jadi macam mereka.

Assalamualaikum ;)



seriusly, berat badan aku naik bagai nak gila. kenapa boleh jadi macam nie. dah tak cantik la kan? walopom ramai orang yang badannya chubby comel, tapi aku tak comel la kalau chubby. kalau tak boleh kurus macam Yoona SNSD, kurus macam Taeyeon pun jadilah. uhuk uhuk. tingginya impian aku.


sekarang nie, aku tengok ramai gila artis-artis korea especially masa diorang sebelum debut gemuk gedempol, tapi sekarang dah macam tiang lampu jadinya. pinggan ramping macam kerengga. jeles weh. apa rahsianya ek. liposuction? ops. suka hati aku jer main tuduh2. hahaha.  



please please. lemak pergilah kau dari aku. aku tak perlukan kau dengan kadar yang banyak. apa yang menyebabkan berat badan aku naik eh. kalau boleh sebelum konvo, aku nak kuruih. setelah dilakukan pengamatan, aku rasa lah ini lah puncanya berat badan aku naik.



1. suka makan kuah (masak merah, lemak cili api) dengan kuantiti yg byk- seriusly aku makan nasi sikit jer. cuma dalam seminggu tu aku makan 2 kali sehari untuk 2 hari. dalam kuah tu kan, mesti banyak garam, dan lain2 perasa yang dimasukkan tambah-tambah lagi kat kedai. sebenarnya garam juga penyebab yang menyumbang kepada kegemukan. ada lah aku baca dalam surat khabar. so, aku kena ambil ikhtibar nie.



2. metabolisma badan aku rendah - pernah tak korang mengalami situasi dimana kawan makan byk. pagi makan nasi, begitu juga dgn tghari dan malam. tapi body dia maintain slim. tu maknanya dia punya metabolisma badan tinggi. aku pula sebaliknya. dah la aku mkn nasi tghari jer, ciput pulak tue. tp aku la yg chubbynya. kawan aku tak pun pity me :(


3. kurang minum air - yer aku nie jenis minum air sikit jer. sbb mls nak g toilet buang air kencing.

4. minum air yang manis - gula juga antara penyumbang kegemukan tau tak. kalau dalam setahun byk minum benda manis, silap hari bulan dalam setahun boleh dapat 11 kg tau free2. hehehe.

kenapa aku mahu kurus atau slim ek. ni bukan sebab nak cantik semata-mata. tp lebih kepada :

1. keselesaan - aku selalu bygkan kalau peha kecik, perut kempis, pipi cengkung sikit. selesa kan. terutamanya kalau kita duduk atas kerusi. akan ketara nmpk gemuk kalau peha kita sedia sudah besar.

2. pakai baju biar nampak tak sendat - ni bukan sebab nak kurus pastu nak try pakai baju sendat ok. ni bila kita pakai baju longgar, then kita akan rasa selesa.

3. tak nak dapat penyakit - hoho. sapa nak penyakit kan? kegemukan ni menyumbang kepada obesiti taw. masa muda-mudi ni tak nampak lagi. kalau nanti tua-tua mesti rasa menyesal. menyesal dahulu pendapat, menyesal kemudian tidak berguna. 

aku bak jadi macam artis kpop yang dulunya bambam sekrang slim. kenapa diorang leh slim ek. aku rasa ni sebab diorang punya company la suruh exercise. diorang punya training hard and tough. kena menari, kena exercise dan lain2 lagi. mungkin ada juga la kan yang buat liposuction. 

tu jer untuk kali nie.
thanks for reading.





Monday, 8 April 2013

Video Baby Comel


Assalamualaikum :)

Hari ini saya just nak senaraikan video-video baby comel yang mendapat hits yang banyak daripada pengunjung Youtube. Lets check-it-out. 

1) VIDEO ni sangattttttttttt comel tahap infiniti. tak jemu aku tgk video nie. video nie memaparkan seorang budak dengan reaksinya yang terkejut bila mak dia koyakkan kertas depan dia. lepas dia terkejut, dia ketawa. dan begitulah seterusnya. 



2) video ni memang popular tahap kalah aaron aziz. dia punya hits lebih daripada lima ratus juta. ramai jgk yang buat parodi pasal video nie. lebih-lebih lagi, budak dua orang nie beserta ibu bapanya diundang ke siaran langsung dalam rancangan apa entah. serius cute n funny


ada lagi sebenarnya tapi malas sudah nak taip. tunggu update seterusnya yaw.



CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


Assalamualaikum :)



pelajar-pelajar Uni mesti tengah gembira sekarang kan sebab sedang holiday kat rumah. termasuklah aku. :'). yeay. happy sangat-sangat. yang bahagian tak happynya sebab bawak balik assignment bagai. huhuhu. dah la buka minggu kelapan ni ada kuiz linear programming. penat taw.
 *please myself. jangan merungut. just go on with the blissful life and being thankful. 

dah masuk sem akhir ni haruslah ada dinner kan. tapi aku tak join pun. aku pun tak tahu kenapa. mungkin sebab aku takut aku rasa terasing dan aku tak rapat sangat kot dengan budak-budak satu course dengan aku. jadi, lebih baik aku pergi makan KFC dengan roomate aku sebab roomate aku pun tak join jugak. ada orang kata, kenapa tak join? kan dah sem akhir nie? bagi aku sem awal ker, sem tengah ker, sem akhir ke. sama jer kan. hahahahah. kawan aku yang sorang lagi macam berbelah bagi jugak nak join sebab dia takut orang kata sombong. bagi aku, adakah orang yang tak join dinner ni boleh dicop sombong. bagaimana dengan orang yang join dinner tapi bila jumpa tgh jalan tak senyum pun walaopom senyum tak perlu dibayar. but, dont judge the book by its cover. i wanna be open-minded, berlapang dada dan enjoy my life very well. walopom orang lain memandang aku sebagai seorang yang naif, bosan, tak banyak cakap dan sebagainya, tapi aku bahagia dengan hidup aku sebab aku ada ALLAH. :)

and the bloggie is one of the medium for me to share everything. aku ada kawan baik. kawan baik pun ada masalah dia tersendiri. but my bff adalah pendengar yang setia. iluvu my bff. aku patut muhasabah diri aku, ALLAH adalah tempat yang pertama untuk mengadu. DIA tak pernah jemu mendengar luahan hati hambaNya. Tak pernah lokek dalam memberi nikmat kepada manusia. Tak pernah menahan oksigen yang manusia sedut setiap hari walaupun manusia kadg2 terlupa padaNya. 

before im continuing my thesis, (True Happiness Ends Since Its Started), i wanna do the best in my left because of Allah, my late dad n my mom, my family, my cat. Hahahhaha...