Friday, 31 May 2013

Tempahan Baju Dunia Kucing




Assalamualaikum


Bagi peminat binatang berbulu yang mempunyai muka innocent, anda berminat tak dengan baju yang mempunyai gambar binatang ini. berminat? Grab it now!


Photo: Baju Muslimah labuh Dunia Kucing. 

#Semua baju adalah keluaran kedua, keluaran ketiga akan berjalan nanti
.. ^_^

-admin kucing-

Photo: Ini design ke 3 dunia kucing.. tunggu kami untuk keluaran ke 3.. ^_^

-admin kucing-


Aku nak beli tapi tak der duit. harga baju muslimah rm 50 kud. agak mahal la. aku pun tak taw mahal tang mana. tapi keinginan aku untuk memilikinya sangat tinggi. setinggi gunung kinabalu tapi rendah sikit dari gunung everest.
kalau aku nak beli pun nak beli yang lengan pendek. comel jugak kan yang lengan pendek ni. nanti balik aku nak tunjuk kat kucing aku betapa sayangnya aku kat dia walaupun diorang selalu berak kat atas rumah. kecomelannya membuatkan aku tidak sanggup memarahinya. Rasulullah s.a.w yang paling tinggi darjatnya pun tak sakiti Muezza. so, aku perlu contohi sikap yang mulia ini :D 

nak tahu dengan lanjut lawatilah page ni at FB :

p;s - rindu kat mamat kat bawah nie. mesti dah makin gemok kan. shabubu.


Assalamualaikum :D

Sunday, 19 May 2013

Catroll


Assalamualaikum
aku ada troll 4 ekor kucing yang supercute nie. geram aku tgk kucing 3 ekor ni sampai aku ada idea nak troll diorang. tak der la lucu sangat tapi bolehla.




Original picture

troll picture

kelakar tak? kalau tak kelakar, nak buat camner, aku bukan ratu lawak.

p;s esok ada presentation dalam BI. berbelit lidah aku praktis.

Friday, 17 May 2013

~ Puding Ice Cream Oreo~

Assalamualaikum :)


Bahan-bahan:

25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250 ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila 
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream)
** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat :

Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati.
Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila 
Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...

rasanya sangat yummy babeh. tak rugi kalau cuba. dah la sedap, jimat pulak tu. tapi saya cadanglan better beli CREAM O berbdanding OREO kerana OREO bawah syarikat KRAFT. KRAFT salah satu penyumbang dana kepada Israel.


Ni cream o. rasanya lebih kurang oreo jer.














Palestin Menangis



Dalam hilai tawa kita,
terselit duka mereka,
Kita bergembira,
Mereka sengsara.
Bimbang kita terlepas 4 flat setiap semester
bimbang mereka dihujani bom setiaP ketika.
Bimbang kita muka penuh cela,
bimbang mereka adakah mereka masih bernyawa,
Kita berlari untuk kurus,
mereka lari gerun ditembak secara rakus.
Lihatlah dunia,
anak-anak Palestin matang sebelum usia,
anak-anak Palestin yatim sebelum melihat dunia.
anak-anak Palestin syahid mempertahankan keluarga dan agama tercinta.
anak kita bagaimana?
dan kita pula bagaimana?
mereka menangis, kita masih lagi sinis
Ya Rabbi,
jadilah aku manusia yang sentiasa ingat akan saudaraku di Palestin.
kerana aku tidak mahu menjadi hambaMu yang pentingkan duri.
mereka berjuang hingga mati,
namun aku masih berdiam diri.
walaupun aku hanya hambaMu yang lemah,
ini bukan alasan untuk aku tidak terus ‘memberi’
Malulah aku pada burung,
Membantu Nabi Ibrahim walaupun hanya menggunakan paruh kecil
sedangkan aku banyak kelebihan diri.