Friday, 17 May 2013

Palestin Menangis



Dalam hilai tawa kita,
terselit duka mereka,
Kita bergembira,
Mereka sengsara.
Bimbang kita terlepas 4 flat setiap semester
bimbang mereka dihujani bom setiaP ketika.
Bimbang kita muka penuh cela,
bimbang mereka adakah mereka masih bernyawa,
Kita berlari untuk kurus,
mereka lari gerun ditembak secara rakus.
Lihatlah dunia,
anak-anak Palestin matang sebelum usia,
anak-anak Palestin yatim sebelum melihat dunia.
anak-anak Palestin syahid mempertahankan keluarga dan agama tercinta.
anak kita bagaimana?
dan kita pula bagaimana?
mereka menangis, kita masih lagi sinis
Ya Rabbi,
jadilah aku manusia yang sentiasa ingat akan saudaraku di Palestin.
kerana aku tidak mahu menjadi hambaMu yang pentingkan duri.
mereka berjuang hingga mati,
namun aku masih berdiam diri.
walaupun aku hanya hambaMu yang lemah,
ini bukan alasan untuk aku tidak terus ‘memberi’
Malulah aku pada burung,
Membantu Nabi Ibrahim walaupun hanya menggunakan paruh kecil
sedangkan aku banyak kelebihan diri.







No comments:

Post a Comment