Kucing berjalan
menggunakan dua kaki
| Caffrey with the kid name Ashleigh Tyler (i guess) ehsan : goOgle |
| adorable Caffrey :D ehsan dari google search image |
ASSalamualaikum
Ini kisah mengenai
seekor kucing yang diberi nama Caffrey. Si kucing ni mengalami kecacatan
setelah dilanggar kereta ketika berusia tiga tahun menyebabkan kaki belakang
bahagian kirinya cedera teruk. Poor diz catty.
:’(. Kos pembedahan untuk merawat kaki si Caffrey nie menelan belanja RM 16,500
(3,500 pound) bagi membuang kaki tersebut dan juga merawat kaki depan bahagian
kiri yang turut tercedera. Selepas 10 tahun, kucing ini dapat menjaani
kehidupan seperti kucing normal. Namun,
empat bulan kemudian, dak kucing nie mengalami ketumbuhan pada kaki kiri yang
dipanggil ketumbuhan malignan. Pemilik Caffrey, Sue Greaves nie tak sanggup
membiarkan kucingnya menjalani kemoterapi kerana menyakitkan dan bersetuju
untuk membuang kaki yang mengalami ketumbuhan. Doktor berkata Caffrey tidak
mungkin boleh berjalan kerana dia hanya memiliki dua kaki.
Namun, kucing ini
membuktikan kecacatan buka segalanya kerana dia dapat berjalan – jalan di
sekitar taman Greaves walaupun dengan gaya sedikit aneh. Veterinar berpendapat
bahawa Caffrey mengambil masa berminggu2 untuk membiasakan dirinya. Namun, selepas
beberapa hari dia dapat menyeimbangkan badannya dengan bantuan jiran Greaves,
Ashleigh Tyler yang berusia 8 tahun. Tyler sangat menyayangi si Caffrey nie.
Apa yang dapat saya
pelajari daripada kucing unik ini?
Sebagai manusia,
walaupun kita berhadapan dengan kekurangan, perjuangan untuk meneruskan hidup
perlu diteruskan. Kucing yang kehilangan dua belah kaki pun mempunyai iltizam
yang jitu untuk berjalan inikan kita manusia yang cukup sifat dan anggota.
Kadang2, manusia kelainan upaya lebih cekap dan kreatif mencari
rezeki berbanding manusia yang cukup sifat? Betul dok? Aku tok leh putuih asa.
Aku kena usoho doh nie. Hehe. Tata. Assalamualaikum. :D
No comments:
Post a Comment