Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan kite pada hari ini?”
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
“Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan kita untuk bertaubat.
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya masih lagi kita dapat menjalani kehidupan di atas planet bumi yang fana ini. Bersyukur juga kita kerana masih lagi dibangkitkan untuk top up amalan kita yang masih lagi tidak mencukupi sebelum ini.
Pada entry kali ini, saya nak luahkan sedikit mengenai first choice. Tentu anda semua pernah mengalami situasi dimana anda keliru dalam membuat pilihan. Setelah membuat pilihan pertama, anda merasakan pilihan tersebut tidak tepat atau anda berasa berbelah bagi kemudian anda beralih kepada pilihan yang seterusnya. Ya. Saya pernah dan saya mengalami kekecewaan kerana tidak percaya pada pilihan pertama saya.
| Tak sangka ada brand first choice!! diz mean first choice is a good choice |
- Situasi pertama kekecewaan melanda kerana tidak percaya kepada First Choice - Pemilihan Minor -
Peristiwa ini berlaku semasa saya semester 3. Pelajar jurusan pendidikan DIKEHENDAKI mengambil subjek minor. So, saya ambil subjek Kimia. Tapi, FSM naikkan satu notis mengarahkan serta merta pelajar2 FSM tidak boleh mengambil minor Sains dan Matematik. Sedih gila rasa. Rasa down :(. Sebab tak tahu nak ambik subjek apa. So, saya apply subjek Prinsip Perakaunan. First masuk kelas rasa macam lecturer tu brutal then tukar ambil subjek Kemahiran Hidup. Damn. Rupanya, subjek KH nie lebih mencabar zahir batinku berbanding subejk PP. Lecturer yang disangka brutal ghupernya baik jer. Setelah mengambil subjek ini saya dapat tahu yang diri saya nie amatlah terkureng and slow dalam kemahiran terutamanya jahitan. Kawan-kawan yang ambil subjek PP semuanya dapat result ok. Tapi, Alhamdulillah walaupun banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi, Allah masih mengurniakan rezeki kepada saya walaupun tidak sehebat semasa Sem 1,2 dan 4. Alhamdulillah Ya Allah. I hope i can struggle in last semester to maintain the pointer. Tapi, masih rasa terkilan dengan penukaran minorku ini. But, life must go on and endure the hardship Nadia.
Tapi, junior tahun berikutnya boleh jer ambil minor under FSM. Hamapeh betol.
- Situasi kedua kekecewaan melanda kerana tidak percaya kepada First Choice - Pemilihan tempat praktikal -
Masa pilih tempat praktikal, pilihan pertama saya ialah SAM Muhammadiah di Sabak Bernam. Kemudian, sebab fikir susah nak naik bas dan bla bla, saya tukar tempat praktikal di SMKSP. (malas nak mention :D). Cabaran di tempat praktikal semuanya sama sahaja. Tetapi cabaran selepas praktikal tu yang berbeza iaitu result. I get B+ for my praktical. Sedih rasa sebab ramai yang dapat A. Bukan sedih sebab ramai dapat A yer, hish, tak baik la dengki dengan orang. Lagi sedih bila diumumkan terdapat calon cemerlang untuk temuduga SPP yang tidak perlu melalui proses temuduga. Kriteria2nya ialah :
- Sekurang-kurangnya A- praktikal.
- Dapat 3.5 ke atas PNGK.
Rasa down jer kan. Tapi bila reflect balik, saya patut bersyukur yer. At least, saya tak perlu ulang praktikal. Saya patut melafazkan Alhamdulillah berbanding merungut. Ampunkanku Ya ALLAH. I know, Allah planned the best
plan to me. He know the best for me. So, saya boleh terima dengan hati terbuka sekarang ini. :D
- pemilihan pasangan hidup - Kalau dah pasangan hidup @ pasangan hidup to-be melakukan perkara-perkara terkutuk, terserah kepada anda samada nak setia atau pun pilih yang lain yang lagi baik.
Ye ker? Just my opinion frOm si daif ilmu macam saya. :D
![]() |
| dear Allah |
p;s - mahu fokus dalam lakukan apa jua perkara yang bermanfaat.
Assalamualaikum.














