Berinfiniti kesyukuran
dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menghirup
udara segar dan masih lagi bernyawa walaupun kita lalai seketika dalam
mengingatiNya.
Pernah tak korang semua
merasakan life korang teruk ataupun membosankan? Tentu pernahkan. Kalau tak
pernah, baguslah. Itu bermakna korang appreciate dengan apa yang korang ada :D.
Good jobs guys. Sometimes, aku akui aku merasakan hidup aku membosankan tapi
tak der lah sampai peringkat teruk. Peringkat membosankan jer. Kalau masa umur
aku 13 thn – 17 thn, aku tak kisah cuti panjang2. Lagi panjang lagi bagus. Yer
la masa tu aku baru remaja, tak der duit di tangan pun tak kisah. Tak gie
jalan-jalan pun aku tak kisah. Duduk kat rumah mengulangi rutin harian yang
sama pun aku tak kisah. Pendek kata , Aiman tak kisah. Kenapa tetiba Aiman lak?
Hehehe.
Tapi semenjak masuk
peringkat awal dewasa nie, rasa macam perlukan duit jer. Sebab banyak benda aku
teringin nak beli. Takkan nak minta dengan Ummi aku pulak suruh belikan. Tak
tergamak aku nak suruh belikan stuff yang hanya bermanfaat untuk aku jer. Bukan Ummi aku tak mampu, tapi
banyak lagi benda-benda lain yang penting untuk kegunaan keluarga.
Masuk bab kehidupan
seharian, aku ada nenek. Umur dalam 70 tahun. Aku sayang dia dan dia seorang
nenek yang uzur. Tak boleh berjalan. Hanya boleh mengengsot jer. Bila dia nak
buang air, kalau tak sempat, dia akan terkucil atas lantai. Sama juga macam
buang air besar. Kalau masa umur aku 13 tahun- 17 tahun dulu, dalam seminggu
kadang-kadang 2 – 3 kali sahaja dia
terbuang air besar or air kecik. Ummi aku yang bersihkan semua tue. Tapi,
semenjak dua menjak nie, tiap-tiap hari taw. Dalam satu hari, 3 kali dia
terbuang air kecil. Penat taw aku nak bersihkan. Kadang-kadang aku stress nak
bersihkan. Waktu aku mood baik tak pe ah. Tapi, time aku PMS, mood aku tak ok
taw. Aku terpaksa la buat juga sebab tak der orang nak buat. Penat taw sampai
aku tertanya-tanya dalam hati. Kenapa aku kena buat semua nie? Kenapa? Kenapa?
Dan aku selalu bandingkan hidup aku dengan orang lain. Tengoklah Minah (bukan
nama sebenar) tue. Dah lah selalu pergi outing kat mall, balik boleh goyang
kaki. Duit belanja ada kakak or abang dia yang bagi. Dan bla bla bla lagi la
aku membebel. Aku tak jelez, Cuma aku saja nak buat perbandingan. Ho ho ho. :’(
Dan petang tadi, ada akak
direct seller datang nak jual barang kat rumah aku. Kasihan dia tau. Dia bawak
barang banyak. Berat-berat pulak tue. Kasihan akak tue. Kalau aku ada duit
lebih, aku dah beli dah barang-barang dia dengan niat nak tolong dia. Tapi
apakan daya aku nak beli benda-benda lain memandangkan hari Khamis ni aku dah
nak balik UPSI. Pastu Ummi cakap la tak da benda nak beli dengan cara baik. Kasihan
kan? Aku tertanya-tanya dia datang dari keluarga susah ke? Wah, rupanya ada
lagi orang yang susah dari aku. Walaupun aku nie keluarga sederhana, tapi aku
tak perlulah bersusah payah kerja kan. Aku bersyukur dengan kehidupan aku
sekarang.
Ramai lagi orang yang
lebih susah daripada aku seperti gelandangan. Sekurang-kurangnya, aku ada kediaman
yang aman, bukan tidur di tepi jalan.
Ramai lagi orang yang
lebih susah daripada aku seperti kanak-kanak Afrika. Sekurang-kurangnya, aku ada
duit walaupun tak banyak macam jutawan, tidak seperti mereka, berkerja 24 jam
untuk mencari sesuap makanan.
Ramai lagi orang yang
lebih susah daripada aku seperti rakyat Syria, Palestin dan Rohingya. Sekurang-kurangnya,
aku tidak pernah menghadapi penindasan yang melampau sebagaimana mereka
ditindas oleh kafir yang dilaknat Tuhan.
Ramai lagi orang yang
lebih susah daripada aku seperi OKU. Sekurang-kurangnya, aku cukup
sifat, walau hakikatnya mereka lebih kuat dalam mengerah kudrat. #respect OKU#
Mans around the world.
Bermacam dugaan yang dihadapi setiap individu. Namun, yang lebih kuat dugaan,
bermakna Tuhan makin sayang, kerna Tuhan hendak melihat sejauh mana insan
bergelar manusia memberi pengharapan.
Itu sahaja coreta untuk
hari ini.
Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment