Assalamualaikum.
Saya sebenarnya tak minat pom bidang fotografi bagai tapi entah naper tiba-tiba nak update pasal World Press Photo. wuhuhuuu.
World Press Photo sebenarnya event yang mengumpulkan jurukamera2 seluruh dunia untuk mempersembahkan hasil karya mereka. Dan yang menarik perhatian saya ialah gambar-gambar yang memenangi pertandingan nie.
Tempat pertama dimenangi oleh Paul Hansen, jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden. Gambar yang diambil ialah ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya , Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November 2012. Kata alah seorang juri dari Peru iaitu, Mayu Mohanna, kekuatan gambar ini adalah terletak pada cara ia memapar kesedihan dan kemarahan sekumpulan orang dewasa yang sedang mengangakat jenazah kanak-kanak yang tidak berdosa itu. " Gambar itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila " kata beliau lagi. Ayah kepada kanak-kanak itu iaitu Fouad turut terbunuh dan ibunya diletakkan di bawah jagaan rapi.
| pic by Paul Hansen |
Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP ialah Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari USA, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori Spot New. Gambarnya mengenai seorang mujahidin FSA bertempur di Aleppo menetang tentera Basyar Laknatullah.
| pic by Fabio Bucciarelli |
![]() |
| Paul Hansen |
![]() |
| Fabio Bucciarelli |
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Jurugambar juga memainkan peranan penting dalam membuka mata dunia mengenai penindasan manusia di Syria, Palestin dan lain-lain negara lagi. begitu juga dengan krisis kemanusiaan di negara-negara seperti Somalia, Uganda dan lain-lain lagi.
Assalamualaikum :D
p;s - saya tiada bakat jadi photographer.



No comments:
Post a Comment