Assalamualaikum.
Seperti sedia maklum, kepada sesiapa yang mendapat PNGK first class sama ada di IPTA/IPTS, anda boleh apply untuk tukarkannya kepada biasiswa. Hanya untuk pelajar degree sahaja bagi yang diploma, masih kena bayar seperti biasa. Untuk senang faham, saya bagi tips langkah demi langkah.
1. Belajar bersungguh-sungguh.
Ni memang yang first n big step. Kalau yang nie tak didahulukan, alamaknya anda kena abaikan lah langkah yang seterusnya. Pointer kalau nak secure kena 3.75 n above. Ada yang kata 3.7 pun boleh.
2. After grad.
Step kedua nie rumit sikit jer. Sikit jer tak banyak. Bila dah lepas konvokesyen, dah boleh mula mengorak langkah untuk apply sebab yang scroll tu lah amat pentingnya. Then, pergi kat portal PTPTN untuk download borang yang berikut :
a) Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi.
Lepas download benda ni kena isi la apa yang patut.
Then, sertakan DOKUMEN yang berikut :
a) Salinan degree.
b) Salinan transkrip akademik.
c) Surat Pengesahan Kelas Pertama (ORIGINAL PUNYA).
d) Salinan Pengakuan Akreditasi dari MQA (IPTS ONLY)
PENTING : PASTIKAN SEMUA DOKUMEN DI ATAS DISAHKAN OLEH INDIVIDU YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGELUARKAN SCROLL ANDA.
Bagi yang tinggal jauh dari U, memang rumit sikit lah. Tapi nasib baiklah saya ada kawan yang tolong ambilkan cop pengesahan dari U.
3. Sesi Penghantaran.
Anda boleh hantar borang ni sama ada kat pejabat PTPTN negeri anda atau kepada pegawai PTPTN yang bertanggungjawab. menguruskan pinjaman anda. Nak tengok nama boleh check kat laman web PTPTN.
kalau yang tinggal kat Kelantan, better hantar kat Pejabat PTPTN Kelantan la sebab cepat. Kawan saya punya kurang dari satu bulan dah settle dan saya hantar kat PTPTN Perak, ya ampun berbulan2. Mungkin sebab kat Perak banyak U kot andaian saya jer la ni,
Sebelum sampai surat anda dah boleh check kat PTPTN login. Klik kat PENYATA BAKI dan tengok kat BAKI KESELURUHAN WANG PENDAHULUAN PINJAMAN PADA ................. kalau dah 0.00 maknanya diluluskan lah tu yeay...
Then, tunggu surat rasminya sampai. macam saya tadi baru sampai Alhamdulillah. Lepas dah hutang RM 28 000.
4. Buat sujud syukur.
Hhehe.
Harap dapat membantu adik-adik semua.
Sekian.
No comments:
Post a Comment