Friday, 25 April 2014

Impian Hidup Momoko

Assalamualaikum.

Pada petang Jumaat yang berkat dan sunyi nie sebab adik-adik tak der kat umah, Momoko ingin tulis impian hidup Momoko. Walaupun nama Momoko tu nama Japanesse, tapi entry nie ditaip dalam bahasa. Nama Momoko macam kawaii jer, sebab tu buat nama pena.

Momoko di alam realiti nie dah besar upanya walopom pemilik nama sebenar Momoko iaitu Maruko Chan sampai sekarang tak besar-besar. Disebabkan dah besar, dalam hati nie mestilah nak berbakti kat ibu dan keluarga. Kalau kat arwah ayah kena lah banyak-banyak sedekahkan  benda baik kat dia dan berusaha jadi anak solehah kan. Kalau jadi anak durhaka kasihan la pulak kat ayah. Nanti tak pasal-pasal anak-anak esok bayar cash kat diri sendiri nie. Nyesal masa tu dah tak guna dah.

Okayhh my first whistlist is for my mum happiness. 

  1. Bawa ibu ke Makkah.
Ye Momoko sekarang sedang sirius ni. bukan sirius black. Momoko nak kumpul duit gaji Momoko then buat suprised kat ibu. Tipu sebenarnya Momoko panggil ibunya sebagai umi. Tapi Momoko yakin ibu Momoko tak menangis sebab hati ibu Momoko kental bro.

Ceh kemahin saya berangan kan. Harap-harap nanti besar saya tak lupa diri la kan. mana tahu sebab bila dapat gaji, jadi lupa diri nak kejar kemewahan hidup sampai lupa ibu sendiri kat kampung. my biggest worrieness right now is when i'm getting married to someone, i'm worried if i'm far away from my mum n siblings.I hope this situation will not happen to me and my family. My ukhuwah with my family always blossom and stronger day by day. I hope so.

Sebab benda nie berlaku depan mata sendiri okayh. Seorang nie bukan nak memburukkan tapi kadang-kadang nak dekat dua tahun kot tak balik jumpa mak dia. ye lah tahu la sibuk tapi ntah lah mlas nak komen lebih takut terjadi kat diri sendiri. Minyak-mintaklah tak terjadi kat diri sendiri dan adik-adik saya yang lain. Sian nanti kat ibu kita kan :'(

   2. Nak sambung master.

Master. ye lah dah habis degree n haruslah rasa nak sambung master then Phd. Follow the flow gitu cewah. Cakap kosong memang senang nak laksanakan tu lah yang macam-macam kena hadap. Tapi once you'll have strong desire, in shaa Allah you'll get what you've dream in your life. Tak gitu.

The reason i want to pursue my study is i want to be a lecturer. Sejak aku sekolah menengah kalau orang suruh isi ambition saya tulis pensyarah. Disebabkan jakun tahap gaban, ingatkan lepas ijazah dah boleh terus jadi pensyarah. Omak kau. Upanya tidak. Kalau yang ada master jadi pensyarah kanan. Yang ada pHd tu baru leh dapat title Dr. Saya nie nak kejar apa? Title or ilmu. Betulkan balik Nadia nawaitu tu okayh. Baru lah ilmu diberkati dan diredhai.

Selain itu, lebih kepada nak cabar diri sendiri. Mungkin terinspirasi dengan ilmuwan zaman islam dulu. Take a risk to improve themselves padahal diorang hanya jalan kaki jer kan. Bukan satu bidang jer diorang boleh kuasai tapi banyak bidang. Bidang kritikal pulak tu. Ilmu agama pun mantap. Memang bahagia dunia akhirat la kan mereka semua tu.

Ok. Momoko harap semuanya dipermudahkan oleh Allah untuk berbakti kepada keluarga dan untuk meningkatkan pengetahuan ukhrawi dan duniawi. Amin.

Up and down

 


Assalamualaikum.

Manusia hanya hidup sekali sahaja. Jadi, hidup ini adalah terlalu singkat untuk kita bersedih. Walaupun kita pernah mengalami kesusahan, kesedihan dan kepahitan yang kadang kala rasa tak tertanggung, tapi hidup perlu diteruskan. Lumrah hidup ler kan. Ada up, ada down. Up down up down.

Setiap manusia ada impian dan cita-cita dalam hidup dia. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan diri sendiri ni sebab asyek fikir pasal dunia fana nie jer. Kadang-kadang sampai pressure la dok pikir pasal dunia nie. Sebagai contoh bila la boleh pakai kereta ni, bila la rasa nak guna Samsung Note, nanti besar ak umah besar dan decorate ala-ala HGTV Design Star tu.

Macam situasi saya sekarang la. Alhamdulillah kalau tengok perjalanan hidup saya, saya dirahmati dengan kejayaan-kejayaan. Bagi saya walopom orang lain pandang sebagai biasa  saja kejayaan saya, tak gempak macam Amalina pun, tapi saya bersyukur. Sebab saya bukanlah seorang gifted student. Study dan ilmu tu menyerap macam span. Saya nie jenis slow learner.

Masa matriks dulu, saya berdebar sangat sebab masa kat MRSM, saya tak gempak sangat dalam subjek Sains. Tapi, disebabkan pressure, saya study hard n smart, didorongi oleh ibu dan rezeki dari Allah, saya mampu menghabiskan pengajian matrik saya dengan baik. Tapi saya pun tak tahu kenapa saya pilih bidang pendidikan. sedangkan dengan pointer saya saya boleh apply farmasi, dentistry kalau medical tu tak sure la leh dapat ke tak.

Mungkin masa tu saya ingat cikgu nie macam safe choice la. At that time, mungkin saya play safe kot. I'm quite scared to take a risk and make a change. Masa sedang study kat Uni, saya ada dengar cikgu terhad la sekarang nie. Saya nie dalam hati WTH. Hahaha. Saya apply cikgu sebab senang nak dapat kerja. Selepas habis belajar, baru saya terfikir, kenapa aku tak grab peluang yang terbuka lebar di depan mata masa matriks dulu hahh ? Mungkin lama sangat menganggur kot sebab tu macam-macam saya persoalan yang menerjah kotak fikiran. Kemudian, masa interview hari tu, daripada 4 000 orang manusia, hanya 2 000 sahaja yang terpilih yer adik-adik. Yang 2 000 lagi pandai-pandai la nak hidup.

Adakah saya menyesal? Nak kata menyesal tu tidaklah tapi lebih kepada membayangkan kalau aku ambil farmasi mesti dah kerja kan sekarang. Dalam fikiran nie asyik kalau jer yang ada. Sedangkan kita tak digalakkan sebut kalau kan. Kalau nak buat ayat dalam BM tu boleh la kan.


Mungkin ni yang dipanggil ujian buat saya. Adakan saya goyah atau tidak? Sepanjang nak dekat setahun menanggung ujian saya akui agak goyah. Macam saya ambil masa untuk sedar dan positif untuk menerima semua nie. Saya kena redha. Allah dah tetapkan masa matriks Nadia mencapai kejayaan. Masa habis grad, Nadia diuji oleh Allah dengan tak dapat kerja. Dan saya juga berbisik dalam hati saya  ' Padan muka kau Nadia, kau tak buat istikharah dulu kan'.

So saya accept seadanya apa yang saya ada sekarang. Ujian mentarbiahkan diri saya. Kesakitan yang saya rasa sekarang ni mungkin akan membuahkan nikmat kejayaan pada satu hari nanti. Walau tidak di dunia tapi di akhirat itu pasti. Saya kena ada back up plan la sekarang nie kan. Come la Momoko. Don't give up ok. Kalau Thomas Edison give up macam saya, mestilah manusia bergelap sekarang.

Kadang-kadang terfikir juga nak ambil second degree. Tapi boleh ke tak yer? Saya pun tak tahu macam mana saya berfikir sejauh nie. Kalau fikir tajuk nak buat Phd lagi bagus la der. Sebab banyak sangat kot tonton rancangan omputeh. Satu benda saya kagum dengan omputeh nie dia suka buat banyak kerja dalam satu masa. Diorang nie suka ambil risiko dan yakin. Membayangkan kejayaan, dan bukan menjangkakan kegagalan. Andai kata diorang tak berjaya, diorang akan cuba lagi sampai dapat. Macam dalam American Ninja Warrior. Walopom ambil tough course kt Uni macam Mechanical Engineering, tapi masih meluangkan masa buat hobi berfaedah iaitu jurulatih parkour. Dah la hensem omak kau

 

Itu sahaja coretan saya, Ceh budget giler ayat kau Momoko. Cam ramai follower jer. Saya ada ketakutan sebenarnya. Rasa macam nak tulis impian saya dan pada masa yang sama ketakutan saya pada enrtry akan datang.





Yes, long ago, i'm quite regret for not grabbing all the chances. Now, i will make sure this situation do not happen again.

Nak tulis quotes la walopom grammar berterabur.

'Life is about grabbing the chances. If you failed to grab it, you will regretting for the rest of you life'

 tapi macam liberal sangat la pulak quotes nie.

'Do not thinking bout failed when you doing  something. Truthfully, you're not the one who  decided the successful in your life but when you're failed, prepare for the back-up plan'

ceh. macam gampang la pulak.












Thursday, 17 April 2014

Random

Assalamualaikum.

Rasa sedih. Mungkin sebab hati berkeladak seperti kata Prof. Muhaya.
I don't know what should i do right now. I am feeling so sad towards somebody. Then, i really hate someone. Maybe i can't accept this person for the rest of my life. I am 24 y/o but i'm still crying. Because i really miss you, my dear father. I miss you so much.

I don't know. Sometimes i described myself as antisocial but not the extreme one. Maybe because the person around me always make fun of me. I am fat woman. Suddenly i remembered during my cousin's wedding, many people told me that i looking big. Then one of the my family asking me why i'm looking so big. She was smiling to me. Since i am not a talkative one, i'm smiling at her/him too. Inside my heart, only Allah knows how much i don't like what her/him said to me. HEARTBROKEN. 

Is it a crime when somebody looking so fat or chubby ? ? ?



Tuesday, 1 April 2014

Cabaran

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, dah dekat 9 bulan saya tanam anggur. Memang banyak sangat lah berbuahnya anggur tu sekali dengan pakej lemak sekali. Aishhh.

Pada masa yang sama, saya sedar bahawa saya perlukan cabaran dalam kehidupan. Kehidupan goyang kaki ni bukanlah hidup yang saya inginkan. Kehidupan goyang kaki ni saya rasakan kehidupan yang mendatar. Tiada cabaran. Bila tiada cabaran, kebergantungan  padaNya tu jadi kurang sikit. Kalu kaya macam Bill Gates saya tak kisah la nak goyang kaki sampai sengal kepala lutut pun daku sanggup.

Sebab tu rasa dalam diri ni berkobar-kobar nak sambung belajar. Tapi buat masa terdekat ni tak boleh. Tak der duit nak harapkan duit MyBrain mana la cukupkan. Nak minta dengan mak malu pulak. Dah besar gedabak masih minta duit dengan mak lagi.

Saya ada satu impian BESAR. Jangan bagitaw kat sesaper taw. Saya teringin sangat nak sambung MASTER kat UK. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya mahukan cabaran. Di U tempat saya belajar dulu, bukan kata tak mencabar, mencabar juga. Tapi saya lihat semua orang pentingkan pointer.

Saya nie jenis manusia yang low expectation. Walopom berusaha kedum kedam bagai nak rak, prinsip saya dapat A- or B+ pun tak per. Dapat pointer 3.5 pun dah kira lega dah. Tapi berbeza dengan rakan-rakan yang lain diorang nie jenis macam nie :

YoonA menerima keputusan kuiznya. Markah kuiz yang dia dapat ialah 50/60. YoonA tersenyum kegembiraan kerana dia tak tidur malam berlajar untuk subjek Klakulustus. Target YoonA hanya nak dapatkan 48 markah. YoonA pun terserempak dengan Jessica.

YoonA : Eh, Jessica kau dapat berapa markah kuiz tadi?

Jessica : Sikt jer cheq dapat?

YoonA : Berapa yang sedikt tu?

Jessica : Aku dapat 57 jer, aku rasa aku boleh buat. Soalan nombor 4 tu aku siap bincang dengan Tiffany lagi tau dak.

YoonA : wtth123!@#$

 

Macam ni lah lebih kurangnya. I cannot brain this. Sesetengah orang sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan markah tinggi dalam kuiz.

Tapi saya tak der keyakinan lagi nak pergi sana. Sebab Inglish daku setakat boleh buat sembang kosong jer la. Wahahaha.

Tapi keinginan nie tak pernah mati lagi.Mungkin daku merindui suasana stay up. Maybe. Mungkin juga daku feeling nak study kat library dari pagi hingga ke petang. Mungkin juga.

Apapun, mungkin daku teringin nak bermusafir di oversea. Bumi ALLAH tu kan luas. Selagi muda, ambillah peluang untuk meneroka dunia yang fana ini. Alam pun boleh jadi guru untuk manusia. bergantung pada rezeki la kan. Kalu ada rezeki sambung belajar oversea, ada rezeki la aku jejak kaki kat bumi omputih. tapi tu la kan, kena fight sungguh2 la.

Ada juga saya dengan seorang mualaf kata dia cakap lebih kurang mcam ni la ayat dia kat negara islam walopom ramai Muslim aku tak jumpa islam, tapi kat negara barat walopom non-Muslim ramai, tapi aku jumpa islam tu.

Mungkin.

nota kecik : nak pergi Makkah tapi kena la kerja sungguh2 kan nak dapat duit.
Bak kata Chad dalam Hlovate

" well, money is not everything, but it sure does make a lot of differences"

yang kita teringat kat Chad ni nape?

Salam :D