Friday, 25 April 2014

Up and down

 


Assalamualaikum.

Manusia hanya hidup sekali sahaja. Jadi, hidup ini adalah terlalu singkat untuk kita bersedih. Walaupun kita pernah mengalami kesusahan, kesedihan dan kepahitan yang kadang kala rasa tak tertanggung, tapi hidup perlu diteruskan. Lumrah hidup ler kan. Ada up, ada down. Up down up down.

Setiap manusia ada impian dan cita-cita dalam hidup dia. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan diri sendiri ni sebab asyek fikir pasal dunia fana nie jer. Kadang-kadang sampai pressure la dok pikir pasal dunia nie. Sebagai contoh bila la boleh pakai kereta ni, bila la rasa nak guna Samsung Note, nanti besar ak umah besar dan decorate ala-ala HGTV Design Star tu.

Macam situasi saya sekarang la. Alhamdulillah kalau tengok perjalanan hidup saya, saya dirahmati dengan kejayaan-kejayaan. Bagi saya walopom orang lain pandang sebagai biasa  saja kejayaan saya, tak gempak macam Amalina pun, tapi saya bersyukur. Sebab saya bukanlah seorang gifted student. Study dan ilmu tu menyerap macam span. Saya nie jenis slow learner.

Masa matriks dulu, saya berdebar sangat sebab masa kat MRSM, saya tak gempak sangat dalam subjek Sains. Tapi, disebabkan pressure, saya study hard n smart, didorongi oleh ibu dan rezeki dari Allah, saya mampu menghabiskan pengajian matrik saya dengan baik. Tapi saya pun tak tahu kenapa saya pilih bidang pendidikan. sedangkan dengan pointer saya saya boleh apply farmasi, dentistry kalau medical tu tak sure la leh dapat ke tak.

Mungkin masa tu saya ingat cikgu nie macam safe choice la. At that time, mungkin saya play safe kot. I'm quite scared to take a risk and make a change. Masa sedang study kat Uni, saya ada dengar cikgu terhad la sekarang nie. Saya nie dalam hati WTH. Hahaha. Saya apply cikgu sebab senang nak dapat kerja. Selepas habis belajar, baru saya terfikir, kenapa aku tak grab peluang yang terbuka lebar di depan mata masa matriks dulu hahh ? Mungkin lama sangat menganggur kot sebab tu macam-macam saya persoalan yang menerjah kotak fikiran. Kemudian, masa interview hari tu, daripada 4 000 orang manusia, hanya 2 000 sahaja yang terpilih yer adik-adik. Yang 2 000 lagi pandai-pandai la nak hidup.

Adakah saya menyesal? Nak kata menyesal tu tidaklah tapi lebih kepada membayangkan kalau aku ambil farmasi mesti dah kerja kan sekarang. Dalam fikiran nie asyik kalau jer yang ada. Sedangkan kita tak digalakkan sebut kalau kan. Kalau nak buat ayat dalam BM tu boleh la kan.


Mungkin ni yang dipanggil ujian buat saya. Adakan saya goyah atau tidak? Sepanjang nak dekat setahun menanggung ujian saya akui agak goyah. Macam saya ambil masa untuk sedar dan positif untuk menerima semua nie. Saya kena redha. Allah dah tetapkan masa matriks Nadia mencapai kejayaan. Masa habis grad, Nadia diuji oleh Allah dengan tak dapat kerja. Dan saya juga berbisik dalam hati saya  ' Padan muka kau Nadia, kau tak buat istikharah dulu kan'.

So saya accept seadanya apa yang saya ada sekarang. Ujian mentarbiahkan diri saya. Kesakitan yang saya rasa sekarang ni mungkin akan membuahkan nikmat kejayaan pada satu hari nanti. Walau tidak di dunia tapi di akhirat itu pasti. Saya kena ada back up plan la sekarang nie kan. Come la Momoko. Don't give up ok. Kalau Thomas Edison give up macam saya, mestilah manusia bergelap sekarang.

Kadang-kadang terfikir juga nak ambil second degree. Tapi boleh ke tak yer? Saya pun tak tahu macam mana saya berfikir sejauh nie. Kalau fikir tajuk nak buat Phd lagi bagus la der. Sebab banyak sangat kot tonton rancangan omputeh. Satu benda saya kagum dengan omputeh nie dia suka buat banyak kerja dalam satu masa. Diorang nie suka ambil risiko dan yakin. Membayangkan kejayaan, dan bukan menjangkakan kegagalan. Andai kata diorang tak berjaya, diorang akan cuba lagi sampai dapat. Macam dalam American Ninja Warrior. Walopom ambil tough course kt Uni macam Mechanical Engineering, tapi masih meluangkan masa buat hobi berfaedah iaitu jurulatih parkour. Dah la hensem omak kau

 

Itu sahaja coretan saya, Ceh budget giler ayat kau Momoko. Cam ramai follower jer. Saya ada ketakutan sebenarnya. Rasa macam nak tulis impian saya dan pada masa yang sama ketakutan saya pada enrtry akan datang.





Yes, long ago, i'm quite regret for not grabbing all the chances. Now, i will make sure this situation do not happen again.

Nak tulis quotes la walopom grammar berterabur.

'Life is about grabbing the chances. If you failed to grab it, you will regretting for the rest of you life'

 tapi macam liberal sangat la pulak quotes nie.

'Do not thinking bout failed when you doing  something. Truthfully, you're not the one who  decided the successful in your life but when you're failed, prepare for the back-up plan'

ceh. macam gampang la pulak.












No comments:

Post a Comment