Friday, 31 May 2013

Tempahan Baju Dunia Kucing




Assalamualaikum


Bagi peminat binatang berbulu yang mempunyai muka innocent, anda berminat tak dengan baju yang mempunyai gambar binatang ini. berminat? Grab it now!


Photo: Baju Muslimah labuh Dunia Kucing. 

#Semua baju adalah keluaran kedua, keluaran ketiga akan berjalan nanti
.. ^_^

-admin kucing-

Photo: Ini design ke 3 dunia kucing.. tunggu kami untuk keluaran ke 3.. ^_^

-admin kucing-


Aku nak beli tapi tak der duit. harga baju muslimah rm 50 kud. agak mahal la. aku pun tak taw mahal tang mana. tapi keinginan aku untuk memilikinya sangat tinggi. setinggi gunung kinabalu tapi rendah sikit dari gunung everest.
kalau aku nak beli pun nak beli yang lengan pendek. comel jugak kan yang lengan pendek ni. nanti balik aku nak tunjuk kat kucing aku betapa sayangnya aku kat dia walaupun diorang selalu berak kat atas rumah. kecomelannya membuatkan aku tidak sanggup memarahinya. Rasulullah s.a.w yang paling tinggi darjatnya pun tak sakiti Muezza. so, aku perlu contohi sikap yang mulia ini :D 

nak tahu dengan lanjut lawatilah page ni at FB :

p;s - rindu kat mamat kat bawah nie. mesti dah makin gemok kan. shabubu.


Assalamualaikum :D

Sunday, 19 May 2013

Catroll


Assalamualaikum
aku ada troll 4 ekor kucing yang supercute nie. geram aku tgk kucing 3 ekor ni sampai aku ada idea nak troll diorang. tak der la lucu sangat tapi bolehla.




Original picture

troll picture

kelakar tak? kalau tak kelakar, nak buat camner, aku bukan ratu lawak.

p;s esok ada presentation dalam BI. berbelit lidah aku praktis.

Friday, 17 May 2013

~ Puding Ice Cream Oreo~

Assalamualaikum :)


Bahan-bahan:

25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250 ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila 
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream)
** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat :

Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati.
Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila 
Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...

rasanya sangat yummy babeh. tak rugi kalau cuba. dah la sedap, jimat pulak tu. tapi saya cadanglan better beli CREAM O berbdanding OREO kerana OREO bawah syarikat KRAFT. KRAFT salah satu penyumbang dana kepada Israel.


Ni cream o. rasanya lebih kurang oreo jer.














Palestin Menangis



Dalam hilai tawa kita,
terselit duka mereka,
Kita bergembira,
Mereka sengsara.
Bimbang kita terlepas 4 flat setiap semester
bimbang mereka dihujani bom setiaP ketika.
Bimbang kita muka penuh cela,
bimbang mereka adakah mereka masih bernyawa,
Kita berlari untuk kurus,
mereka lari gerun ditembak secara rakus.
Lihatlah dunia,
anak-anak Palestin matang sebelum usia,
anak-anak Palestin yatim sebelum melihat dunia.
anak-anak Palestin syahid mempertahankan keluarga dan agama tercinta.
anak kita bagaimana?
dan kita pula bagaimana?
mereka menangis, kita masih lagi sinis
Ya Rabbi,
jadilah aku manusia yang sentiasa ingat akan saudaraku di Palestin.
kerana aku tidak mahu menjadi hambaMu yang pentingkan duri.
mereka berjuang hingga mati,
namun aku masih berdiam diri.
walaupun aku hanya hambaMu yang lemah,
ini bukan alasan untuk aku tidak terus ‘memberi’
Malulah aku pada burung,
Membantu Nabi Ibrahim walaupun hanya menggunakan paruh kecil
sedangkan aku banyak kelebihan diri.







Saturday, 13 April 2013

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak dan Kenapa “Spender” Wanita Dijual Berselerak?

Assalamualaikum :)

sebenarnya hari ni aku nak share pasal kawan2 kat mrsm dulu. tapi ianya (kesalahan tatabahasa) mengambil masa yang lama. nak imbas kembali memori lagi, nak cari gambar lagi. memandangkan aku tengah buat modul nie, mesti nak kena taip cepat2 kan entry aku. so, why not aku update entry yang menyenangkan aku jer. ni  pun aku just copy paste dari blog orang lain. walopom copy paste, tapi menghiburkan hati yer.

pernah tak korang terfikir kenapa spender lelaki dijual dalam kotak dan spender wanita dijual berselerak? mak ai. aku pernah jgk terfikir kenapa yer. 

kalau korang nak tau kenapa, jgn tekan tanda pangkah dulu, sila scroll ke bawah yer !!!

aku copy paste dari blog sini. tapi ideanya adalah loveydoveydoo. eh macam lagu lovey lovey dovey oh oh oh. hehehehe.

situasi pertama : wanita bila nak pilih spender.






Situasi kedua : bila lelaki pilih spender. 



just for fun ok. take it easily. don't be serious. 

thanks for reading !!

Wednesday, 10 April 2013

Lagu Sayang Pelbagai Versi

Assalamualaikum :)

Hye. korang mesti pernah dengar lagu Shae yang bertajuk sayang. pertama kali aku dgr lagu dia. peh apa yang best sangat pasal lagu tu. tak sedap pun. tapi ramai orang yang minat lagu nie. tapi kalau aku dgn kawan aku tgh menggedik, aku nyanyi la jgak lagu nie. sayang apa khabar denganmu. di sini ke merindu kan kamu. sampai situ je lah.

tapi yang bestnya lagu nie ramai yg wat parodi dia. parodi dia tue 10 kali lebih best la dari yg original. hahaha

1. sayang versi tauhid- yang nie serius menyentuh kalbu aku. mmg sesuai lah utk anak muda yang dilamun cinta manusia. dia punya melodi tu harmoni kot. bdk2 zaman skrg mmg kreatif. yang pembuli pun boleh tahan jgk ramai kan. ceh tiba2 aku emo dgn kes buli ketua tingkatan hari tue.
.



2. sayang versi lucu tahap nak tercabut gigi aku  - bagi aku video nie lucu tapi ada jer orang judge yang bukan2 pasl budak nie. bagi aku ok jer. lagi pun dia lelaki. kalau dia perempuan baru la tak sopan buat macam nie.



3. sayang versi jawapan - best la. jawapan versi islamik. nie macam pesanan dari sorang laki supaya jgn teringatkan si lelaki tu sgt. igtkan pencipta lg bagus.



tu je la parodi sayang yang hot di youtube. ada lg kot. nie jer yg smpt aku tgk. haha

Thanks for reading!

Wanita, Please Take Note

Assalamualaikum. :)

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita. copy paste dari fb Senyum PakKam MakKam


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Thanks for reading!








Resipi Koktail Mudah

Assalamualaikum :)

semua orang mesti suka makan koktail kan. sebab dia sedap, mudah dan yang penting affordable.
nak tahu tak apa resipinya. jom jom jom layan. 

Agar-agar    
                                                             *bergantung atas selera masing2*
1. sepeket agar-agar kering.
2. Gula - 1 cawan 
3. Perasa Jagung - 3 tsp
4. Susu pekat manis - 4 tsp 
5. air 1500 ml

cara-cara - campak semua dalam periuk. then kacau hingga hancur agar2 dan airnya menggelegak.

Koktail

1. 1 tin buah-buahan campuran.
2. 1 tin susu cair.
3. gula - kalau nak manis, masukkan byk2. tp aku suka yang sederhana jer.
4. susu pekat.

cara-cara - aku suka panaskan dulu susu cair, gula dan susu pekat sekali. then,  masukkan 1 tin buah-buahan.

senang kan. terutama sekali dinikmati pada waktu tengahari yang panas terik.

selamat mencuba.

Thanks for reading!




aku nak jadi macam mereka.

Assalamualaikum ;)



seriusly, berat badan aku naik bagai nak gila. kenapa boleh jadi macam nie. dah tak cantik la kan? walopom ramai orang yang badannya chubby comel, tapi aku tak comel la kalau chubby. kalau tak boleh kurus macam Yoona SNSD, kurus macam Taeyeon pun jadilah. uhuk uhuk. tingginya impian aku.


sekarang nie, aku tengok ramai gila artis-artis korea especially masa diorang sebelum debut gemuk gedempol, tapi sekarang dah macam tiang lampu jadinya. pinggan ramping macam kerengga. jeles weh. apa rahsianya ek. liposuction? ops. suka hati aku jer main tuduh2. hahaha.  



please please. lemak pergilah kau dari aku. aku tak perlukan kau dengan kadar yang banyak. apa yang menyebabkan berat badan aku naik eh. kalau boleh sebelum konvo, aku nak kuruih. setelah dilakukan pengamatan, aku rasa lah ini lah puncanya berat badan aku naik.



1. suka makan kuah (masak merah, lemak cili api) dengan kuantiti yg byk- seriusly aku makan nasi sikit jer. cuma dalam seminggu tu aku makan 2 kali sehari untuk 2 hari. dalam kuah tu kan, mesti banyak garam, dan lain2 perasa yang dimasukkan tambah-tambah lagi kat kedai. sebenarnya garam juga penyebab yang menyumbang kepada kegemukan. ada lah aku baca dalam surat khabar. so, aku kena ambil ikhtibar nie.



2. metabolisma badan aku rendah - pernah tak korang mengalami situasi dimana kawan makan byk. pagi makan nasi, begitu juga dgn tghari dan malam. tapi body dia maintain slim. tu maknanya dia punya metabolisma badan tinggi. aku pula sebaliknya. dah la aku mkn nasi tghari jer, ciput pulak tue. tp aku la yg chubbynya. kawan aku tak pun pity me :(


3. kurang minum air - yer aku nie jenis minum air sikit jer. sbb mls nak g toilet buang air kencing.

4. minum air yang manis - gula juga antara penyumbang kegemukan tau tak. kalau dalam setahun byk minum benda manis, silap hari bulan dalam setahun boleh dapat 11 kg tau free2. hehehe.

kenapa aku mahu kurus atau slim ek. ni bukan sebab nak cantik semata-mata. tp lebih kepada :

1. keselesaan - aku selalu bygkan kalau peha kecik, perut kempis, pipi cengkung sikit. selesa kan. terutamanya kalau kita duduk atas kerusi. akan ketara nmpk gemuk kalau peha kita sedia sudah besar.

2. pakai baju biar nampak tak sendat - ni bukan sebab nak kurus pastu nak try pakai baju sendat ok. ni bila kita pakai baju longgar, then kita akan rasa selesa.

3. tak nak dapat penyakit - hoho. sapa nak penyakit kan? kegemukan ni menyumbang kepada obesiti taw. masa muda-mudi ni tak nampak lagi. kalau nanti tua-tua mesti rasa menyesal. menyesal dahulu pendapat, menyesal kemudian tidak berguna. 

aku bak jadi macam artis kpop yang dulunya bambam sekrang slim. kenapa diorang leh slim ek. aku rasa ni sebab diorang punya company la suruh exercise. diorang punya training hard and tough. kena menari, kena exercise dan lain2 lagi. mungkin ada juga la kan yang buat liposuction. 

tu jer untuk kali nie.
thanks for reading.





Monday, 8 April 2013

Video Baby Comel


Assalamualaikum :)

Hari ini saya just nak senaraikan video-video baby comel yang mendapat hits yang banyak daripada pengunjung Youtube. Lets check-it-out. 

1) VIDEO ni sangattttttttttt comel tahap infiniti. tak jemu aku tgk video nie. video nie memaparkan seorang budak dengan reaksinya yang terkejut bila mak dia koyakkan kertas depan dia. lepas dia terkejut, dia ketawa. dan begitulah seterusnya. 



2) video ni memang popular tahap kalah aaron aziz. dia punya hits lebih daripada lima ratus juta. ramai jgk yang buat parodi pasal video nie. lebih-lebih lagi, budak dua orang nie beserta ibu bapanya diundang ke siaran langsung dalam rancangan apa entah. serius cute n funny


ada lagi sebenarnya tapi malas sudah nak taip. tunggu update seterusnya yaw.



CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


Assalamualaikum :)



pelajar-pelajar Uni mesti tengah gembira sekarang kan sebab sedang holiday kat rumah. termasuklah aku. :'). yeay. happy sangat-sangat. yang bahagian tak happynya sebab bawak balik assignment bagai. huhuhu. dah la buka minggu kelapan ni ada kuiz linear programming. penat taw.
 *please myself. jangan merungut. just go on with the blissful life and being thankful. 

dah masuk sem akhir ni haruslah ada dinner kan. tapi aku tak join pun. aku pun tak tahu kenapa. mungkin sebab aku takut aku rasa terasing dan aku tak rapat sangat kot dengan budak-budak satu course dengan aku. jadi, lebih baik aku pergi makan KFC dengan roomate aku sebab roomate aku pun tak join jugak. ada orang kata, kenapa tak join? kan dah sem akhir nie? bagi aku sem awal ker, sem tengah ker, sem akhir ke. sama jer kan. hahahahah. kawan aku yang sorang lagi macam berbelah bagi jugak nak join sebab dia takut orang kata sombong. bagi aku, adakah orang yang tak join dinner ni boleh dicop sombong. bagaimana dengan orang yang join dinner tapi bila jumpa tgh jalan tak senyum pun walaopom senyum tak perlu dibayar. but, dont judge the book by its cover. i wanna be open-minded, berlapang dada dan enjoy my life very well. walopom orang lain memandang aku sebagai seorang yang naif, bosan, tak banyak cakap dan sebagainya, tapi aku bahagia dengan hidup aku sebab aku ada ALLAH. :)

and the bloggie is one of the medium for me to share everything. aku ada kawan baik. kawan baik pun ada masalah dia tersendiri. but my bff adalah pendengar yang setia. iluvu my bff. aku patut muhasabah diri aku, ALLAH adalah tempat yang pertama untuk mengadu. DIA tak pernah jemu mendengar luahan hati hambaNya. Tak pernah lokek dalam memberi nikmat kepada manusia. Tak pernah menahan oksigen yang manusia sedut setiap hari walaupun manusia kadg2 terlupa padaNya. 

before im continuing my thesis, (True Happiness Ends Since Its Started), i wanna do the best in my left because of Allah, my late dad n my mom, my family, my cat. Hahahhaha...



Tuesday, 19 February 2013

First choice

Assalamualaikum



Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan kite pada hari ini?” 
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: 
“Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan kita untuk bertaubat.




Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya masih lagi kita dapat menjalani kehidupan di atas planet bumi yang fana ini. Bersyukur juga kita kerana masih lagi dibangkitkan untuk top up amalan kita yang masih lagi tidak mencukupi sebelum ini.


Pada entry kali ini, saya nak luahkan sedikit mengenai first choice. Tentu anda semua pernah mengalami situasi dimana anda keliru dalam membuat pilihan. Setelah membuat pilihan pertama, anda merasakan pilihan tersebut tidak tepat atau anda berasa berbelah bagi kemudian anda beralih kepada pilihan yang seterusnya. Ya. Saya pernah dan saya mengalami kekecewaan kerana tidak percaya pada pilihan pertama saya. 

Tak sangka ada brand first choice!!
diz mean first choice is a good choice

  • Situasi pertama kekecewaan melanda kerana tidak percaya kepada First Choice - Pemilihan Minor -
Peristiwa ini berlaku semasa saya semester 3. Pelajar jurusan pendidikan DIKEHENDAKI mengambil subjek minor. So, saya ambil subjek Kimia. Tapi, FSM naikkan satu notis mengarahkan serta merta pelajar2 FSM tidak boleh mengambil minor Sains dan Matematik. Sedih gila rasa. Rasa down :(. Sebab tak tahu nak ambik subjek apa. So, saya apply subjek Prinsip Perakaunan. First masuk kelas rasa macam lecturer tu brutal then tukar ambil subjek Kemahiran Hidup. Damn. Rupanya, subjek KH nie lebih mencabar zahir batinku berbanding subejk PP. Lecturer yang disangka brutal ghupernya baik jer. Setelah mengambil subjek ini saya dapat tahu yang diri saya nie amatlah terkureng and slow dalam kemahiran terutamanya jahitan. Kawan-kawan yang ambil subjek PP semuanya dapat result ok. Tapi, Alhamdulillah walaupun banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi, Allah masih mengurniakan rezeki kepada saya walaupun tidak sehebat semasa Sem 1,2 dan 4. Alhamdulillah Ya Allah. I hope i can struggle in last semester to maintain the pointer. Tapi, masih rasa terkilan dengan penukaran minorku ini. But, life must go on and endure the hardship Nadia.
Tapi, junior tahun berikutnya boleh jer ambil minor under FSM. Hamapeh betol.


  • Situasi kedua kekecewaan melanda kerana tidak percaya kepada First Choice - Pemilihan tempat praktikal -
Masa pilih tempat praktikal, pilihan pertama saya ialah SAM Muhammadiah di Sabak Bernam. Kemudian, sebab fikir susah nak naik bas dan bla bla, saya tukar tempat praktikal di SMKSP. (malas nak mention :D). Cabaran di tempat praktikal semuanya sama sahaja. Tetapi cabaran selepas praktikal tu yang berbeza iaitu result. I get B+ for my praktical. Sedih rasa sebab ramai yang dapat A. Bukan sedih sebab ramai dapat A yer, hish, tak baik la dengki dengan orang. Lagi sedih bila diumumkan terdapat calon cemerlang untuk temuduga SPP yang tidak perlu melalui proses temuduga. Kriteria2nya ialah :
  1. Sekurang-kurangnya A- praktikal.
  2. Dapat 3.5 ke atas PNGK.
Rasa down jer kan. Tapi bila reflect balik, saya patut bersyukur yer. At least, saya tak perlu ulang praktikal. Saya patut melafazkan Alhamdulillah berbanding merungut. Ampunkanku Ya ALLAH. I know, Allah planned the best
plan to me. He know the best for me. So, saya boleh terima dengan hati terbuka sekarang ini. :D





Tapi dalam sesetengah kes, ada juga pilihan pertama tidak sepatutnya dijadikan keutamaan seperti :

  1. pemilihan pasangan hidup - Kalau dah pasangan hidup  @ pasangan  hidup to-be melakukan perkara-perkara terkutuk, terserah kepada anda samada nak setia atau pun pilih yang lain yang lagi baik.
Ye ker? Just my opinion frOm si daif ilmu macam saya. :D

dear Allah 

p;s - mahu fokus dalam lakukan apa jua perkara yang bermanfaat.

Assalamualaikum.


Sharing - 10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

Assalamualaikum.


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'



Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-


pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'



Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'



Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'



Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'



Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'



Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'



Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'



Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'



Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'



Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.












Quotes 1

Assalamualaikum.



"Love is everything that brings you closer to Allah. And whatever brings you further from Allah is never love"
- Hilal Asyraf-



Assalamualaikum :D

World Press Photo 2012

Assalamualaikum.

Saya sebenarnya tak minat pom bidang fotografi bagai tapi entah naper tiba-tiba nak update pasal World Press Photo. wuhuhuuu.
World Press Photo sebenarnya event yang mengumpulkan jurukamera2 seluruh dunia untuk mempersembahkan hasil karya mereka. Dan yang menarik perhatian saya ialah gambar-gambar yang memenangi pertandingan nie. 

Tempat pertama dimenangi oleh Paul Hansen, jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden. Gambar yang diambil ialah ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya , Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November 2012. Kata alah seorang juri dari Peru iaitu, Mayu Mohanna, kekuatan gambar ini adalah terletak pada cara ia memapar kesedihan dan kemarahan  sekumpulan orang dewasa yang sedang mengangakat jenazah kanak-kanak yang tidak berdosa itu. " Gambar itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila " kata beliau lagi. Ayah kepada kanak-kanak itu iaitu Fouad turut terbunuh dan ibunya diletakkan di bawah jagaan rapi. 



pic by Paul Hansen
Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP ialah Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari USA, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori Spot New. Gambarnya mengenai seorang mujahidin FSA bertempur di Aleppo menetang tentera Basyar Laknatullah.

    pic by Fabio Bucciarelli
Paul Hansen
Paul Hansen


Fabio Bucciarelli




Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Jurugambar juga memainkan peranan penting dalam membuka mata dunia mengenai penindasan manusia di Syria, Palestin dan lain-lain negara lagi. begitu juga dengan krisis kemanusiaan di negara-negara seperti Somalia, Uganda dan lain-lain lagi.

Assalamualaikum :D
  
p;s - saya tiada bakat jadi photographer.































Sunday, 17 February 2013

Reflection - Bersyukur -

Assalamualaikum :D


Berinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menghirup udara segar dan masih lagi bernyawa walaupun kita lalai seketika dalam mengingatiNya.
Pernah tak korang semua merasakan life korang teruk ataupun membosankan? Tentu pernahkan. Kalau tak pernah, baguslah. Itu bermakna korang appreciate dengan apa yang korang ada :D. Good jobs guys. Sometimes, aku akui aku merasakan hidup aku membosankan tapi tak der lah sampai peringkat teruk. Peringkat membosankan jer. Kalau masa umur aku 13 thn – 17 thn, aku tak kisah cuti panjang2. Lagi panjang lagi bagus. Yer la masa tu aku baru remaja, tak der duit di tangan pun tak kisah. Tak gie jalan-jalan pun aku tak kisah. Duduk kat rumah mengulangi rutin harian yang sama pun aku tak kisah. Pendek kata , Aiman tak kisah. Kenapa tetiba Aiman lak? Hehehe.
Tapi semenjak masuk peringkat awal dewasa nie, rasa macam perlukan duit jer. Sebab banyak benda aku teringin nak beli. Takkan nak minta dengan Ummi aku pulak suruh belikan. Tak tergamak aku nak suruh belikan stuff yang hanya bermanfaat  untuk aku jer. Bukan Ummi aku tak mampu, tapi banyak lagi benda-benda lain yang penting untuk kegunaan keluarga.
Masuk bab kehidupan seharian, aku ada nenek. Umur dalam 70 tahun. Aku sayang dia dan dia seorang nenek yang uzur. Tak boleh berjalan. Hanya boleh mengengsot jer. Bila dia nak buang air, kalau tak sempat, dia akan terkucil atas lantai. Sama juga macam buang air besar. Kalau masa umur aku 13 tahun- 17 tahun dulu, dalam seminggu kadang-kadang  2 – 3 kali sahaja dia terbuang air besar or air kecik. Ummi aku yang bersihkan semua tue. Tapi, semenjak dua menjak nie, tiap-tiap hari taw. Dalam satu hari, 3 kali dia terbuang air kecil. Penat taw aku nak bersihkan. Kadang-kadang aku stress nak bersihkan. Waktu aku mood baik tak pe ah. Tapi, time aku PMS, mood aku tak ok taw. Aku terpaksa la buat juga sebab tak der orang nak buat. Penat taw sampai aku tertanya-tanya dalam hati. Kenapa aku kena buat semua nie? Kenapa? Kenapa? Dan aku selalu bandingkan hidup aku dengan orang lain. Tengoklah Minah (bukan nama sebenar) tue. Dah lah selalu pergi outing kat mall, balik boleh goyang kaki. Duit belanja ada kakak or abang dia yang bagi. Dan bla bla bla lagi la aku membebel. Aku tak jelez, Cuma aku saja nak buat perbandingan. Ho ho ho. :’(
Dan petang tadi, ada akak direct seller datang nak jual barang kat rumah aku. Kasihan dia tau. Dia bawak barang banyak. Berat-berat pulak tue. Kasihan akak tue. Kalau aku ada duit lebih, aku dah beli dah barang-barang dia dengan niat nak tolong dia. Tapi apakan daya aku nak beli benda-benda lain memandangkan hari Khamis ni aku dah nak balik UPSI. Pastu Ummi cakap la tak da benda nak beli dengan cara baik. Kasihan kan? Aku tertanya-tanya dia datang dari keluarga susah ke? Wah, rupanya ada lagi orang yang susah dari aku. Walaupun aku nie keluarga sederhana, tapi aku tak perlulah bersusah payah kerja kan. Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.
Ramai lagi orang yang lebih susah daripada aku seperti gelandangan. Sekurang-kurangnya, aku ada kediaman yang aman, bukan tidur di tepi jalan.
Ramai lagi orang yang lebih susah daripada aku seperti kanak-kanak Afrika.                                                                                                   Sekurang-kurangnya, aku ada duit walaupun tak banyak macam jutawan, tidak seperti mereka, berkerja 24 jam untuk mencari sesuap makanan.
Ramai lagi orang yang lebih susah daripada aku seperti rakyat Syria, Palestin dan Rohingya.                                                                                           Sekurang-kurangnya, aku tidak pernah menghadapi penindasan yang melampau sebagaimana mereka ditindas oleh kafir yang dilaknat Tuhan.
Ramai lagi orang yang lebih susah daripada aku seperi OKU.                Sekurang-kurangnya, aku cukup sifat, walau hakikatnya mereka lebih kuat dalam mengerah kudrat. #respect OKU#
Mans around the world. Bermacam dugaan yang dihadapi setiap individu. Namun, yang lebih kuat dugaan, bermakna Tuhan makin sayang, kerna Tuhan hendak melihat sejauh mana insan bergelar manusia memberi pengharapan.
Itu sahaja coreta untuk hari ini.
Assalamualaikum :D